Home Bike Review Modification Riding Guide Event


Khamis, 2 September 2010

Isnin, 16 Ogos 2010

YAMAHA-135LC SuperSport dan Exreme Spirit

         Yamaha, sememangnya di peringkat paling atas dalam pembuatan motorsikal,terutama di Malaysia, saya ingin memberi review tentang prestasi model 'hot' Yamaha ini,135LC.
           Mula dikeluarkan pada tahun 2006, lebih dikenali sebagai 1st batch, dimana prestasi pada waktu itu amat memberangsangkan dengan CDi tiada limit berbanding model2 yang baru.Secara amnya,motorsikal menggunakan monoshock semestinya lebih stabil,tidak hairan apabila banyak motorsikal ini digunakan sebagai jentera perlumbaan di litar seperti cabaran 135LC.
        Bukan itu sahaja,jentera ini juga digelar sebagai 'King Of Moped' kerana mengungguli kategori moped/underbone sebagai displacement engine paling besar untuk moped iaitu 134.9cc.Selain daripada rupa bentuk yang menarik,penjimatan minyak juga merupakan antara faktor yang menyaksikan 'kesepahan' model ini di atas jalanraya.
        Strong point Yamaha untuk model ini adalah sistem penyejukan cecair yang digunakan,apabila digabungkan dengan penjimatan minyak-jentera kecil ini mampu merentasi perjalanan yang jauh.Ditambah pula dengan inisiatif Yamaha untuk memasang 'catalyzer' pada sistem ekzos untuk mengelakkan pencemaran menjadikan ekzos ini 'sunyi'.hehehe,kerana didalam sistem ekzos terdapat 3 lapisan sebelum carbon tersebut dibebaskan.
        Ada juga beberapa faktor yang tidak menarik,seperti,ketiadaan brek cakera pada bahagian belakang dan kekerapan perlu untuk mengadjust rantai.Selain itu,panel meter yang tidak tepat amat menjengkelkan hati kerana apabila meter menunjuk 160kmh hakikatnya 135 hanya meluncur sepantas 133kmh dalam ukuran daripada unit GPS.
 
just ke-lick at me